فبشر بعبادي الذين يستمعون القول فيتبعون احسنه اولئك الذين هداهم الله واولئك هم اولوا الالباب
Surah Az-Zumar ayat 17-18.
maksud ayat-
Maka oleh itu sampaikan berita bahagia kepada golongan hambaku yang mahu mendengarkan kata, lalu diikutinya dengan sebaik-baiknya, mereka itulah yang ditunjuki oleh Allah, dan mereka itulah orang yang mahu berfikir.
"pesan bapaku " bapa bagi hati yang berpenyakit...
Ketahuilah hai anak tercinta ! moga-moga Allah melanjutkan usiamu dalam taat kepadanya dan didalam pimpinannya ke arah orang-orang yang dicintainya.bahawasanya nasehat yang bertaburan dikutip orang dari sumber risalah nabi Muhammad s.a.w. maka jika telah datang barang sebuah nasihat darinya sampai kepadamu maka gunalah ia sebaik-baiknya,dan jika belum sampai kepadmu walau barang satupun nasihat darinya yang kau amalkan sungguh-sungguh, hasil apakah yang kau dapatkan hidup selama ini di atas dunia ini ...
Aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan, dan menyatakan kasih sayangku... kerna ALLAH S.W.T...
Memaparkan catatan dengan label nukilan dari risalah al ghazali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nukilan dari risalah al ghazali. Papar semua catatan
21 September, 2009
31 Ogos, 2009
aku menulis bukan kerna nama 02
Hai anak! Sebahagian dari nasihat Rasullullah s.a.w. kepada umatnya ialah katanya` tanda bahawa Allah berpaling dari seseorang ialah membuang-buang masa kepada sesuatu yang tidak berguna, jika seseorang hilang sesuatu dari dirinya dan umurnya dan ia berpanjangan dalam mencari sesuatu itu, yang tidak ada bergunanya pada dirinya (di negeri akhirat nanti) dan tidak juga berguna pada Allah dan Rasul (untuk hidup di atas dunia ini)...patut sekalilah tidak putus-putus sesalnya. dan barang sesiapa yang telah sampai umurnya lebih 40 tahun, sedangkan kebaikkan belum mengalahkan kejahatan dalam dan luar dirinya, maka baiklah ia bersedia untuk masuk neraka`...cukuplah ini nasehat bagi orang yang mahu berfikir.....
Langgan:
Catatan (Atom)