Memaparkan catatan dengan label Perubatan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perubatan Islam. Papar semua catatan

05 Mac, 2014

SEBAHAGIAN DARIPADA AYAT-AYAT RUQYAH ( JAMPI ) YANG DICEDUK DARIAL-QURAN DAN AS-SUNNAH S.A.W







*Untuk pendinding diri dan keluarga, namun begitu adalah dinasihati agar bergurulah dengan yang lebih Murshid untuk lebih memahami kaedah pembacaan, tatacara dan khasiatnya.

**BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENJADI MUALLIJ ( JURU JAMPI/ TOK BOMOH ISLAM ) 

***ADALAH DILARANG KERAS BAGI SESIAPA YANG INGIN MENGAMALKAN BACAAN-BACAAN INI BAGI TUJUAN KOMERSIAL TANPA BERGURU.....KERANA BERAMAL TANPA GURU, MAKA GURUNYA ADALAH SYAITAN.......KECUALI ANDA TELAH MANTOP ILMU DI DADA. WALLAHUA'LAM


-01-
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١) 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) 
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

01 Mac, 2014

JAMPI SERAPAH MENURUT ISLAM






Perubatan Islam

Bismillah, wal hamdulillah, wassholatu wassalamu 'ala Rasulillah, wa ba'du :

Saudara seislam dan seiman, berikut ini adalah beberapa hal yang terkait dengan ruqyah yang disyariatkan, tulisan ini diterjemahkan dari muqaddimah kitab irqi nafsaka wa ahlaka bi nafsika (Ruqyahlah diri dan keluargamu oleh dirimu sendiri) karya Syaikh DR. Khalid bin Abdurrahman al-Juraisi.

Ruqyah terbahagi kepada empat bahagian :

Pertama: dilakukan dengan menggunakan kalam Allah (al-Qur`an), Asmanya ( nama - namanya ) Yang Maha Indah, serta sifat-sifatnya Yang Maha Tinggi, hal ini hukumnya diharuskan, bahkan dianjurkan.

Kedua: Yang dihubungkan dengan hal tersebut diatas, yaitu yang berupa zikir dan doa yang makthur ( memiliki riwayat dari muhaddisin ), ruqyah ini memiliki hukum yang sama juga seperti di atas.

Ketiga: ruqyah yang dilakukan dengan zikir dan doa yang tidak makthur, namun tidak menyalahi apa yang makthur, ini juga diharuskan.

Empat: ruqyah yang tidak boleh difahami maknanya, tidak diketahui biji butirnya seperti ruqyah yang ada pada masa jahiliyah atau zaman sekarang yang memuja - muja atau menyeru selain Allah. Ruqyah semacam ini haruslah dijauhi agar tidak terjerumus dalam kesyirikan atau yang membawa kepadanya.

Ruqyah yang disyari'atkan :

            Para ulama bersepakat atas bolehnya ruqyah ketika mencakupi tiga syarat :

1.         Bahwa ruqyah itu dilakukan dengan firman Allah (al-Qur`an), atau Asma dan Sifat-Nya.

2.         Bahwa ruqyah itu dilakukan dengan menggunakan bahasa Arab atau dengan bahasa lain yang 
            difahami oleh yang diruqyah (marqi).

28 Februari, 2014

RUQYAH AS-SYARIYYAH (TERAPI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH)




Di susun semula oleh Ustaz Azmir Munawar bin Abdul Aziz. 


RUQYAH AS-SYARIYYAH TERAPI AL-QURAN & SUNNAH NABI S.A.W

RAWATAN HISTERIA, SANTAU, SIHIR, SAKA, LAIN-LAIN PENYAKIT BERAT ATAU RINGAN

KE TEMPAT ANDA - Rawatan boleh untuk seisi keluarga atau BERKUMPULAN TIDAK MELEBIHI 20 ORANG, bersihkan rumah dan memagar rumah dari ganguan makhluk halus dan rawatan lain - lain.  (*** KAMI BERUSAHA, MOGA ALLAH PERKENANKAN...AMIN!)


Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin

1)    Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2)    Badan terasa berat dan malas. 
3)    Sukar mendapat jodoh. 
4)    Badan terasa bisa-bisa/gatal. 
5)    Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal. 
6)    Sukar tidur malam. 
7)    Sakit pinggang tanpa sebab. 
8)    Sakit dada bila waktu asar keatas. 
9)    Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa. 
10)  Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi. 
11)  Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. 
12)  Bermimpi di tempat yang kotor. 
13)  Sakit anggota badan tertentu seperti kaki/tangan selepas waktu asar. 
14)  Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 
15)  Bayi kerap menangis. 
16)  Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17)  Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 
18)  Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 
19)  Malas beribadat. 
20)  Nyanyuk ketika usia lanjut. 
21)  Panas baran. 
22)  Sikap berubah secara mendadak. 
23)  Kerap sendawa / Mengantuk / Gelisah/panas ditengkuk bila dengar bacaan al-quran. 
24)  Suka melakukan tabiat buruk. 
25)  Kerap keguguran. 
26)  Gagal melakukan hubungan kelamin. 
27)  Bermimpi seram yang menakutkan. 
28)  Darah haid turun lebih 15 hari. 
29)  Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal. 
30)  Selalu ditindih ketika tidur. 31) Kuat berangan. 
32)  Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 
33)  Nafsu seksual yang melampau. 
34)  Selalu melihat kelibat dirumah. 
35)  Terasa diri selalu diperhatikan /diekori. 
36)  Mandul. 
37)  Kerap mendengar sesuatu bisikan. 
38)  Melihat jin secara terus. 
39)  Sakit mental atau gila. 
40)  Sakit tulang belakang tanpa sebab. 
41)  Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal. 
42)  Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal. 
43)  Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati. 
44)  Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab. 
45)  Timbul rasa takut tanpa sebab. 
46)  Sering pengsan tanpa sebab. 
47)  Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik. 
48)  Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad). 
49)  Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur. 
50)  Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur. 
51)  Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan di atas, maka anda sedang terkena gangguan jin.

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan :

Untuk Rawatan KE RUMAH ANDA ATAU BERKUMPULAN TIDAK MELEBIHI 20 ORANG Sekitar IPOH PERAK ;

sila hubungi ;

USTAZ AZMIR MUNAWAR BIN ABDUL AZIZ H/P : 016 5035916

USTAZAH AISHAH BINTI SHAARIFF    H/P : 016-4456014

SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR MESTILAH BERKUMPULAN TIDAK MELEBIHI 20 ORANG  
HUBUNGI EN. OMAR BIN ABDUL AZIZ H/P : 012 5550546


Sebelum sesi rawatan : Sila sediakan Air Mineral / Tapis, sebotol besar dan Air Paip sebotol besar.


Bagi pesakit HISTERIA, SANTAU, SIHIR,  SAKA DAN PENYAKIT BERAT YANG LAIN perlulah menyediakan beberapa bahan yang penting sebelum sesi rawatan ; Tamar `Ajwah atau Tamar Madinah (sekurang-kurangnya 7 biji x 7 hari makan ), Madu lebah Asli, Minyak Zaitun yang boleh diminum / makan, Khal atau Cuka Epal, Daun Bidara, Air Zam-zam, Minyak / Pil / Bijirin Habbatus Sauda`, atau sebarang bahan makanan atau minuman yang disunnahkan oleh nabi s.a.w dan Ais Batu ( kegunaan untuk mandi – apabila diperlukan ).


Kesemua bahan-bahan ini seboleh-bolehnya dan amat penting, juga sangat perlu diadakan dan diusahakan untuk mendapatkannya. Namun jika gagal setelah berusaha, maka sebahagian dari bahan-bahan tersebut sudah memadai.

AL HIJAMAH - BERBEKAM






Di susun semula oleh Ustaz Azmir Munawar bin Abdul Aziz. 


RAWATAN BERASASKAN BEKAM (AL HIJAMAH),
TERAPI AL-QURAN & PEMAKANAN SUNNAH NABI S.A.W. ... KE RUMAH ANDA

Perkhidmatan tersebut hanya RM100 (untuk kos seorang bekam dan perjalanan *** KAMI BERUSAHA, MOGA ALLAH PERKENANKAN...AMIN!)

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam :

Untuk Rawatan bekam Sekitar Ipoh Perak ke rumah anda ;

sila hubungi ;

USTAZAH AISHAH BINTI SHAARIFF    H/P : 016-4456014

(buat tempahan untuk rawatan bekam lelaki - Ustaz Azmir Munawar dan bekam muslimah oleh Ustazah Aishah)


BEKAM SEKITAR KUALA LUMPUR SELANGOR (UNTUK PEREMPUAN SAHAJA)
Puan Miza   H/P : 012 555 0546.


KETERANGAN BEKAM SUNNAH 
Bekam sunnah adalah kaedah perubatan nabi yang mampu menyedut darah kotor / penyakit dari badan dan menyembuhkan 76 jenis penyakit kritikal. Bagi orang yang sihat pula,berbekam sebulan sekali mampu menghindari diri dari terkena 76 jenis penyakit kritikal di masa-masa akan datang dengan izin ALLAH TAALA :

1) Kegemukan 
2) Penyakit kaki gajah  
3) Sakit pinggang 
4) Sakit perut 
5) Sembelit 
6) Gangguan jantung 
7) Radang perut 
8) Alergi makanan 
9) Sengal tulang  
10) Sesak nafas
11) Asma 
12) Insomnia 
13) Cirit birit 
14) Kejang otot 
15) Kencing manis 
16) Gangguan pundi kencing 
17) Menggigil 
18) Kencing malam 
19) Tonsil 
20) Gatal-gatal 
21) Radang usus besar 
22) Stress 
23) Gangguan pundi hempedu 
24) Pusingan haid tidak teratur 
25) Masalah Ginjal 
26) Tekanan darah tinggi 
27) Sakit lutut dan sendi 
28) Sakit kaki 
29) Sakit tulang belakang 
30) Gangguan jiwa 
31) Stroke 
32) Gout 
33) Rematoid 
34) Bisul 
35) Kurang imun 
36) Sinus 
37) Sakit kawasan perut 
38) Gangguan rusuk 
39) Buasir 
40) Mandul 
41) Kuat tidur 
42) Membaiki peredaran darah 
43) Pembuluh darah sempit/sumbat 
44) Sakit punggung 
45) Badan kurus 
46) Membuang tabiat merokok 
47) Sakit bahu/tengkuk 
48) Pekak 
49) Jangkitan kuman 
50) Kurang daya ingatan 
51) Kurang fokus 
52) Sakit punggung 
53) Gangguan pundi 
54) Kaki semut-semut 
55) Salah urat 
56) Lumpuh menyeluruh 
57) Lemah syahwat dan masalah prostate 
58) Pening kerana gangguan haid 
59) Sakit paha dan tapak kaki 
60) Sejuk tapak kaki 
61) Tegang/gelisah 
62) Tumor otak 
63) Lutut yang kaku 
64) Gangguan pankreas 
65) Kejang-kejang 
66) Bisu 
67) Penyakit mata 
68) Berhenti haid 
69) Bengkak testis 
70) Tekanan darah rendah 
71) Penyakit rahim 
72) Keputihan 
73) Masalah kesuburan 
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru 
75) Sihir 
76) Saka

Rawatan Bekam Darah /Al Hijamah, Rawatan bekam sunnah ini, kami lakukan pada 10 point titik bekam Rasulullah iaitu dibahagian tengkuk, bahu, pinggang dan pelipat lutut yang terbukti berkhasiat dalam menyembuhkan 76 jenis penyakit kritikal.

Pesakit disyorkan melakukan bekam sunnah sebulan sekali iaitu pertengahan bulan islam, insyaALLAH pesakit tidak di hinggapi sebarang penyakit berat seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya.

Rawatan Bekam Muka , Rawatan bekam ini dilakukan di bahagian muka bagi merawat penyakit resdung, gatal-gatal muka, pening kepala dan juga jerawat. Bekam dimuka tidak menyakitkan serta tidak meninggalkan sebarang kesan lebam dan juga parut.

Soalan-soalan lazim berkaitan bekam
S - Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
J - Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini, menggunakan sejenis alat yang dipanggil PEN BEKAM Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangatlah laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
S - Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah? 
J - Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.
S - Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ? 
J - Waktu mustajab ialah sebelah pagi di mana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tarikhnya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.
S - Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ? 
J - Individu yang dilarang ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap gugur, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah yang serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan yang pertama.
S - Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ? 
J - Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan yang maksimum pada pesakit amnya.
S - Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya? 
J - Kaedah bekam darah...
S - Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ? 
J - Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.
S - Apakah pantang larang selepas berbekam ? 
J - Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan, mandi dan  tidur.
S - Apakah tips sebelum datang berbekam darah? 
J - Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam atau pastikan perut kosong sekurang – kurangnya 2 jam sebelum bekam. 
Soalan-soalan lazim berkaitan bekam resdung

S - Adakah kaedah rawatan bekam resdung ini menyakitkan ? 
J - Tidak sama sekali...

S - Berapa kerapkah saya perlu menjalani rawatan bekam resdung nie ? 
J - Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam resdung ni sebulan sekali.

S - Apakah pantang larang selepas menjalani rawatan ini ? 
J - Pantang larangnya ialah kurangkan pengambilan makanan seafood seperti ketam,udang,sotong dan juga sambal belacan.

Dalil-dalil tuntutan berbekam;

Telah bersabda Rasulullah SAW 

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)

"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)