21 September, 2009

aku menulis bukan kerna nama 01

فبشر بعبادي الذين يستمعون القول فيتبعون احسنه اولئك الذين هداهم الله واولئك هم اولوا الالباب
Surah Az-Zumar ayat 17-18.

maksud ayat-

Maka oleh itu sampaikan berita bahagia kepada golongan hambaku yang mahu mendengarkan kata, lalu diikutinya dengan sebaik-baiknya, mereka itulah yang ditunjuki oleh Allah, dan mereka itulah orang yang mahu berfikir.

"pesan bapaku " bapa bagi hati yang berpenyakit...

Ketahuilah hai anak tercinta ! moga-moga Allah melanjutkan usiamu dalam taat kepadanya dan didalam pimpinannya ke arah orang-orang yang dicintainya.bahawasanya nasehat yang bertaburan dikutip orang dari sumber risalah nabi Muhammad s.a.w. maka jika telah datang barang sebuah nasihat darinya sampai kepadamu maka gunalah ia sebaik-baiknya,dan jika belum sampai kepadmu walau barang satupun nasihat darinya yang kau amalkan sungguh-sungguh, hasil apakah yang kau dapatkan hidup selama ini di atas dunia ini ...