28 Februari, 2014

AL HIJAMAH - BERBEKAM






Di susun semula oleh Ustaz Azmir Munawar bin Abdul Aziz. 


RAWATAN BERASASKAN BEKAM (AL HIJAMAH),
TERAPI AL-QURAN & PEMAKANAN SUNNAH NABI S.A.W. ... KE RUMAH ANDA

Perkhidmatan tersebut hanya RM100 (untuk kos seorang bekam dan perjalanan *** KAMI BERUSAHA, MOGA ALLAH PERKENANKAN...AMIN!)

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam :

Untuk Rawatan bekam Sekitar Ipoh Perak ke rumah anda ;

sila hubungi ;

USTAZAH AISHAH BINTI SHAARIFF    H/P : 016-4456014

(buat tempahan untuk rawatan bekam lelaki - Ustaz Azmir Munawar dan bekam muslimah oleh Ustazah Aishah)


BEKAM SEKITAR KUALA LUMPUR SELANGOR (UNTUK PEREMPUAN SAHAJA)
Puan Miza   H/P : 012 555 0546.


KETERANGAN BEKAM SUNNAH 
Bekam sunnah adalah kaedah perubatan nabi yang mampu menyedut darah kotor / penyakit dari badan dan menyembuhkan 76 jenis penyakit kritikal. Bagi orang yang sihat pula,berbekam sebulan sekali mampu menghindari diri dari terkena 76 jenis penyakit kritikal di masa-masa akan datang dengan izin ALLAH TAALA :

1) Kegemukan 
2) Penyakit kaki gajah  
3) Sakit pinggang 
4) Sakit perut 
5) Sembelit 
6) Gangguan jantung 
7) Radang perut 
8) Alergi makanan 
9) Sengal tulang  
10) Sesak nafas
11) Asma 
12) Insomnia 
13) Cirit birit 
14) Kejang otot 
15) Kencing manis 
16) Gangguan pundi kencing 
17) Menggigil 
18) Kencing malam 
19) Tonsil 
20) Gatal-gatal 
21) Radang usus besar 
22) Stress 
23) Gangguan pundi hempedu 
24) Pusingan haid tidak teratur 
25) Masalah Ginjal 
26) Tekanan darah tinggi 
27) Sakit lutut dan sendi 
28) Sakit kaki 
29) Sakit tulang belakang 
30) Gangguan jiwa 
31) Stroke 
32) Gout 
33) Rematoid 
34) Bisul 
35) Kurang imun 
36) Sinus 
37) Sakit kawasan perut 
38) Gangguan rusuk 
39) Buasir 
40) Mandul 
41) Kuat tidur 
42) Membaiki peredaran darah 
43) Pembuluh darah sempit/sumbat 
44) Sakit punggung 
45) Badan kurus 
46) Membuang tabiat merokok 
47) Sakit bahu/tengkuk 
48) Pekak 
49) Jangkitan kuman 
50) Kurang daya ingatan 
51) Kurang fokus 
52) Sakit punggung 
53) Gangguan pundi 
54) Kaki semut-semut 
55) Salah urat 
56) Lumpuh menyeluruh 
57) Lemah syahwat dan masalah prostate 
58) Pening kerana gangguan haid 
59) Sakit paha dan tapak kaki 
60) Sejuk tapak kaki 
61) Tegang/gelisah 
62) Tumor otak 
63) Lutut yang kaku 
64) Gangguan pankreas 
65) Kejang-kejang 
66) Bisu 
67) Penyakit mata 
68) Berhenti haid 
69) Bengkak testis 
70) Tekanan darah rendah 
71) Penyakit rahim 
72) Keputihan 
73) Masalah kesuburan 
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru 
75) Sihir 
76) Saka

Rawatan Bekam Darah /Al Hijamah, Rawatan bekam sunnah ini, kami lakukan pada 10 point titik bekam Rasulullah iaitu dibahagian tengkuk, bahu, pinggang dan pelipat lutut yang terbukti berkhasiat dalam menyembuhkan 76 jenis penyakit kritikal.

Pesakit disyorkan melakukan bekam sunnah sebulan sekali iaitu pertengahan bulan islam, insyaALLAH pesakit tidak di hinggapi sebarang penyakit berat seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya.

Rawatan Bekam Muka , Rawatan bekam ini dilakukan di bahagian muka bagi merawat penyakit resdung, gatal-gatal muka, pening kepala dan juga jerawat. Bekam dimuka tidak menyakitkan serta tidak meninggalkan sebarang kesan lebam dan juga parut.

Soalan-soalan lazim berkaitan bekam
S - Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
J - Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini, menggunakan sejenis alat yang dipanggil PEN BEKAM Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangatlah laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
S - Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah? 
J - Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.
S - Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ? 
J - Waktu mustajab ialah sebelah pagi di mana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tarikhnya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.
S - Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ? 
J - Individu yang dilarang ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap gugur, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah yang serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan yang pertama.
S - Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ? 
J - Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan yang maksimum pada pesakit amnya.
S - Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya? 
J - Kaedah bekam darah...
S - Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ? 
J - Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.
S - Apakah pantang larang selepas berbekam ? 
J - Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan, mandi dan  tidur.
S - Apakah tips sebelum datang berbekam darah? 
J - Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam atau pastikan perut kosong sekurang – kurangnya 2 jam sebelum bekam. 
Soalan-soalan lazim berkaitan bekam resdung

S - Adakah kaedah rawatan bekam resdung ini menyakitkan ? 
J - Tidak sama sekali...

S - Berapa kerapkah saya perlu menjalani rawatan bekam resdung nie ? 
J - Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam resdung ni sebulan sekali.

S - Apakah pantang larang selepas menjalani rawatan ini ? 
J - Pantang larangnya ialah kurangkan pengambilan makanan seafood seperti ketam,udang,sotong dan juga sambal belacan.

Dalil-dalil tuntutan berbekam;

Telah bersabda Rasulullah SAW 

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)

"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)

Tiada ulasan: